Wednesday 4 June 2014

PESANAN PENGERUSI

Kejayaan-kejayaan yang telah kita perolehi bukan didapat secara mudah atau datang secara bergolek. Kejayaan ini diperolehi oleh adanya satu perancangan yang mantap dan sokongan serta kerjasama berbagai pihak di luar dan di dalam KOAMJ selain adanya faktor penentu iaitu kemahuan dan semangat kerja keras dari semua warga KOAMJ. Kejayaan yang telah kita capai perlu dipertahankan dan sentiasa ditingkatkan ke tahap yang lebih baik.    Kejayaan baru yang lain perlu terus diusahakan untuk diraih bagi memastikan bahawa KOPAMJ adalah sebuah koperasi yang dinamik dan sentiasa meneroka bidang-bidang baru yang berkaitan dan berpotensi untuk dijadikan sumber pendapatan dan perolehan keuntungan. Harapan kita bersama adalah, apapun kejayaan yang telah kita lakarkan, kejayaan tersebut merupakan kejayaan dalam satu kebangkitan penuh tenaga. Jika kita bersungguh-sunggguh membuat dan melaksanakan perancangan yang kemas dan jitu dan seterusnya melaksanakannya secara tekun dan cermat, samada perancangan ini jangka pendek, sederhana ataupun jangka panjang sudah dapat dibayangkan bahawa beberapa kejayaan lain akan segera datang menyusul menyebelahi KOAMJ.Bukanlah sesuatu yang mustahil atau satu khayalan untuk kita menjadikan KOAMJ sebagai satu koperasi unggul, menjadi contoh dan juga ikutan untuk koperasi lain di Malaysia atau di rantau ini. Jika ada “ranking” dalam penarafan, kita berharap KOAMJ sentiasa termasuk dalam kategori terbaik diantara koperasi yang terbaik di Malaysia. Insya Allah.  

MOHD NASHARUDIN BIN ABDULLAH.

pengerusi koperasi automotif melayu johor berhad

No comments:

Post a Comment