Wednesday 4 June 2014

KELEBIHAN MENJADI AHLI KOAMJ

> Anda akan mendapat dividen tahunan sekiranya anda pemegang saham koperasi.
> Anda mendapat harga barangan yang lebih murah.contohnya harga import.
> Anda dapat membantu meningkatkan taraf ekonomi anda dan semua ahli.
> Anda akan mendapat lebih ramai kenalan untuk berkongsi pandangan .
> Anda dapat membantu para peniaga kecil memasarkan produk mereka. 

ViSI DAN MISI KOAMJ
> Menjadi Koperasi Antara Yang Terbaik di malaysia
> Memberi Dividen Tahunan (Bergantung pada Syer yang dilaburkan)
> Membimbing Ahli KOPAMJ untuk memiliki Perniagaan Sendiri.
> Tabung Khairat Kematian.
   tabung pendidikan
OBJEKTIF KOPERASI KOAMJ
> Tahun Pertama sasar 100 Anggota
> tahun kedua akan menyasarkan ahli seluruh malaysia

OBJEKTIF PROGRAM
> Membudayakan masyarakat kepada budaya berniaga khususnya ahli-ahli bagi melahirkan generasi yang berdaya saing dalam dunia perniagaan automotif.

> Menjana pendapatan kepada ahli melalui program latihan dan aktiviti perniagaan yang dijalankan serta membantu mereka membuka kedai koperasi dan memasarkan produk mereka.

> Membantu dan membimbing ahli kopamj yang bersedia untuk menceburi bidang perniagaan melalui latihan dan kursus dengan kerjasama di bawah program-program yang disediakan oleh Kementerian atau Agensi Kerajaan.

> Menyediakan skim bantuan Pendidikan kepada ahli kopmaj
> Meringankan beban kepada ahli untuk membayar yuran Koperasi, dan seterusnya membeli saham koperasi.

> membantu ahli mendapatkan bekalan automotif termurah dipasaran dan tidak melalui org tengah seperti keperluan equipment dan produk asas bengkel.

KAEDAH PROGRAM
> Pelaksanaan dari fokus individu kepada fokus komuniti (Pembangunan Masyarakat khususnya Anggota-anggota Koperasi).

> Jumlah penglibatan individu dan Masyarakat Awam dalam koamj.
> Teras program ini melibatkan elemen perancangan, pelaksanaan dan penilaian yang dilakukan oleh anggota KOAMJ.

> Tumpuan utama pelaksanaan program Latihan ini adalah untuk menjana ekonomi anggota-anggota KOAMJ  serta melengkapkan mereka dengan pengetahuan, kemahiran dan sikap bertanggungjawab dalam perniagaan. 

1 comment: